Lelaki bersenjata pro-Rusia menawan lokasi utama.[7][8]
Organ kuasa dirampas: Majlis Menteri Krimea dibubarkan, perdana menteri baharu dilantik, Majlis Tertinggi Krimea mengundi menyertai Persekutuan Rusia dan mengumumkan pungutan suara pada 16 Mac.[9]
Viktor Yanukovych menolak kesahan kerajaan pasca-revolusi di Kiev, dan menegaskan haknya terhadap kepresidenan Ukraine.[10]
Bantahan pro-Rusia merebak ke timur dan selatan Ukraine.[11]
Komander Tentera Laut Ukraine berpaling tadah, menyokong kerajaan baharu Krimea.[12]
Rusia mengecam kerajaan Arseniy Yatsenyuk sebagai tidak sah[13] dan menggantung perjanjian yang sebelum ini ditandatangani dengan Ukraine.[14]
Krisis ini terjadi pada Februari 2014, apabila akibat revolusi Ukraine—dan selepas keganasan bersenjata di Kiev—kerajaan kebangsaan Ukraine digulingkan dan digantikan dengan pemimpin parti pembangkang. Ketegangan terus memuncak antara gerakan Euromaidan pro-Europah dan Antimaidan pro-Rusia yang terlibat dalam revolusi tersebut apabila diapikan media.[39][40][41][42] Rusia terlibat apabila anggota Svoboda dijadikan anggota kerajaan Ukraine baharu; suatu tindakan yang dikecam Rusia memandangkan ia menganggap Svoboda sebagai neo-fasis, dan Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi terhadap parti tersebut, melabelkannya sebagai "rasis, anti-Semitik dan xenofobik" dan menyeru parti pro-demokratik di Ukraine "tidak terlibat, menyokong atau membentuk campuran dengan parti ini".[43] Beberapa hari kemudian, askar tak bertanda yang mengaku pasukan pertahanan diri tempatan namun disyaki askar Rusia, menawan semenanjung ini.[44][45][46][47][48][49]Campur tangan tentera Rusia ke Krimea menyusul tidak lama selepas itu.[5][50]
Tindak balas Ukraine setakat ini agak perlahan dengan pemimpin baharunya cuba mencari penyelesaian diplomatik dan reaksi ketenteraan terhad kepada kerahanangkatan tentera dan pasukan simpanan Ukraine. Rusia, bagaimanapun, berikrar tenteranya akan kekal sehingga situasi politik kembali normal.[44] Di peringkat antarangsa, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Kanada, Turki dan Kesatuan Eropa mengutuk Rusia, mendakwanya melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Ukraine.[51][52][53][54][55][56][57][58] Rusia, bagaimanapun, tidak mengiktiraf kerajaan baharu yang dilantik di Ukraine dan mendakwa ia cuma bertindak balas terhadap permintaan yang dibuat oleh Presiden Ukraine yang digulingkan Viktor Yanukovych untuk campur tangan bagi mewujudkan undang-undang dan ketenteraman di wilayah tersebut; dakwaan yang, sekiranya benar, boleh membuatkan campur tangan Rusia sebagai sah di sisi undang-undang mengikut perjanjian 1997.[b][c][d]
Beberapa hari kemudian, pada 6 Mac, parlimen Krimea mengundi meminta penyatuan semula dengan Rusia, yang, sekiranya dipersetujui Rusia, akan diminta pandangan penduduk melalui satu pungutan suara. Parlimen, bagaimanapun, dikelilingi dan di bawah kawalan sekumpulan yang tidak dikenali, dengan sesetengah anggota tidak dibenarkan masuk.[61] Kerajaan baharu Ukraine menyatakan pungutan suara tersebut dan keputusannya tidak sah; membingungkan lagi keadaan kerana parlimen Krimea, sebaliknya, tidak menganggap kerajaan baharu Ukraine sebagai kerajaan sah.[62][63]
Pada 16 Mac, adalah diumumkan secara rasmi bahawa hampir 96% pengundi di Krimea menyokong supaya menyertai Rusia.[64] Menurut pegawai pilihan raya, jumlah kedatangan adalah tertinggi sekali,[65] walaupun ramai orang Tatar dan pembangkang pungutan suara dilaporkan telah memboikot undian itu.[66] Pada 17 Mac, parlimen Krimea secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaannya dari Ukraine serta memohon untuk menyertai Persekutuan Rusia.[67] Pada 18 Mac, Presiden Putin menuntut semula Krimea sebagai wilayah Rusia atas dasar moral dan kebendaan, beralaskan prinsip penentuan nasib sendiri dan kepentingan strategik Krimea kepada Rusia.[68]
Parlimen Ukraine menyatakan bahawa pungutan suara itu menyalahi perlembagaan.[69] Rusia bertegas supaya tenteranya kekal di Krimea hingga situasi politik kembali normal sambil mengiktiraf kerajaan Krimea yang baru serta datuk bandar Sevastopol, di samping pungutan suara dan keputusannya.[44]Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menganggap pungutan suara itu sebagai "tidak sah" serta bertegas bahawa undian Krimea itu akan mendatangkan banyak padah.[70]
^ abc"Ukraine crisis: Russia vows troops will stay". BBC. 3 Mac 2014. Dicapai pada 3 Mac 2014. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "autogenerated2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza